TOPIK 2
|
|||
SUSUNAN AYAT
SONGSANG
|
|||
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula
terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (predikat + subjek) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses
pendepanan bertujuan memberikan
penegasan kepada predikat.
|
|||
Pendepanan seluruh predikat.
|
|||
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
|
|||
Berfikiran
kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
|
|||
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang
mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
|
|||
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
|
|||
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
|
|||
Dia / ibu
saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam
ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
|
|||
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
|
|||
(a)
Pendepanan Frasa Kerja
|
|||
i.
Pendepanan kata kerja:
|
|||
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
|
|||
Bekerja
setiap hari Ramli. (susunan songsang)
|
|||
|
|||
ii.
Pendepanan frasa kerja dengan objek.
|
|||
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
|
|||
Membaca
buku Zaleha. (susunan songsang)
|
|||
|
|||
iii.
Pendepanan kata kerja dengan kata
bantu.
|
|||
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
|
|||
Masih
makan murid-murid itu. (susunan songsang)
|
|||
b) Pendepanan
Frasa Adjektif
|
|||
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
|
|||
Ramli
rajin. (susunan biasa)
|
|||
Rajin Ramli. (susunan songsang)
|
|||
|
|||
ii. Pendepanan kata adjektif dengan
kata bantu.
|
|||
Rumah
Kak Zue masih teguh. (susunan
biasa)
|
|||
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan
songsang)
|
|||
|
|||
iii. Pendepanan
kata adjektif dengan kata penguat.
|
|||
Encik
Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
|
|||
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan
songsang)
|
|||
|
|||
iv. Pendepanan kata adjektif, kata
bantu dengan kata penguat
|
|||
Haji
Nasser masih segak amat. (susunan
biasa)
|
|||
Masih segak amat haji Nasser. (susunan
songsang)
|
|||
c) Pendepanan
Frasa Sendi Nama
|
|||
i. Frasa sendi nama sebagai
predikat.
|
|||
Rantai
emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
|
|||
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan
songsang)
|
|||
|
|||
ii. Frasa sendi nama sebagai
keterangan dalam predikat.
|
|||
Penonton-penonton
merempuh masuk ke dalam dewan.
(susunan biasa)
|
|||
Ke dalam dewan penonton-penonton
merempuh masuk. (susunan songsang)
|
|||
|
|||
FORMULA AYAT
SONGSANG.
|
|||
|
|||
Ayat biasa:
|
|||
Dia / membeli buku di kedai itu.
|
|||
Cara Songsangan Ayat:
|
|||
Nomborkan penggalan ayat.
|
|||
1
|
2
|
3
|
|
Dia
|
membeli
|
buku
|
di kedai itu.
|
KGND - Ketiga
|
Frasa Kerja Transitif
|
Objek
|
Frasa Keterangan
|
Subjek
|
Predikat
|
FORMULA:
|
Ayat Biasa : 1+2+3
|
Ayat songsang:
|
i. 2+3+1
|
ii. 2+1+3
|
iii. 3+1+2
|
iv. 3+2+1
|
|
|
Ayat Biasa:
1
|
2
|
3
|
Dia
|
membeli buku
|
di kedai itu.
|
Contoh ayat songsang (i)
2
|
3
|
1
|
Membeli buku
|
di kedai itu
|
dia
|
Contoh ayat songsang (ii)
2
|
1
|
3
|
Membeli buku
|
dia
|
di kedai itu
|
Contoh ayat songsang (iii)
3
|
1
|
2
|
Di kedai itu
|
dia
|
membeli buku
|
Contoh ayat songsang (iv)
3
|
2
|
1
|
Di kedai itu
|
membeli buku
|
dia
|
No comments:
Post a Comment