Monday, November 10, 2014

JOM KONSI ILMU III

Panduan untuk Menulis Peribahasa dalam Karangan

1. Menggunakan satu tanda petik ` ’
Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan.
Contoh:
Peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh  sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.

2. Menggunakan dua tanda petik " ".
Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah’ itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.
Contoh:
(a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,” kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”
(b) Orang tua-tua mengatakan, “jauh perjalanan, luas pengalaman.”(Tiada kata hubung `bahawa')

3. Tanpa menggunakan tanda petik
Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu  digunakan.
Contoh:
(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan  kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
(b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa  bagaimana acuan begitulah kuihnya.(Ada kata hubung `bahawa')

1.    Hal ini sama dengan peribahasa ...
2.    Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ...
3.    Fenomena ini dikatakan
4.    Masalah ini sama dengan peribahasa ...
5.    Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ...


No comments: