Monday, November 10, 2014

JOM KONGSI ILMU II

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS LANGKAH/ CARA/ USAHA/ STRATEGI

       SOALAN BERKAITAN LANGKAH / CARA / USAHA

BIL

IDEA / ISI

HURAIAN

1

Kerajaan

·   Mengadakan kempen untuk menyedarkan orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu isu yang sedang berlaku dalam masyarakat sama ada baik atau buruk.
·   Kempen perlu mencapai kumpulan sasaran di seluruh negara.
·   Agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu turun padang untuk mendekati masyarakat / kumpulan sasaran.
·   Penerangan boleh dilakukan dalam bentuk ceramah motivasi, pameran, pengedaran risalah dan penampalan postar di tempat-tempat awam.
·   Kaedah ini akan melahirkan kesedaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai mengenai sesuatu isu. 

2

Masyarakat

·   Masyarakat mestilah prihatin dan sensitif dengan gejala yang sedang berlaku di negara ini / di kawasan mereka.
·   Setiap anggota masyarakat tidak boleh mengamalkan sikap lepas tangan apabila berlaku sesuatu musibah yang melibatkan penduduk setempat.
·   Mereka wajib bersatu dan bekerjasama untuk membanteras gejala negatif yang sedang berlaku tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
·   Sikap menjaga tepi kain orang hendaklah diamalkan untuk menggalakkan perkongsian maklumat tetapi jangan mengumpat.
·   Masyarakat madani dan berwawasan perlu diwujudkan segera untuk membangunkan negara tercinta ini.
·   Semangat kejiranan melalui aktiviti bergotong-royong perlu dihidupankan semula.



3

Ibu bapa dan keluarga

·   Ibu bapa merupakan teras pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan utuh.
·   Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman, berjaya dan berakhlak mulia.
·   Mendidik anak-anak dengan ilmu agama sejak kecil lagi.
·   Menjadi benteng yang kukuh melawan godaan hawa nafsu.
·   Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak walaupun sibuk dengan kerjaya yang semakin mencabar.
·   Meluangkan masa untuk bersama anak-anak seperti melancong, makan di restoran dan lain-lain.
·   Ibu bapa tidak membesarkan anak-anak dengan kemewahan yang melalaikan.
·   Memantau / mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak agar tidak mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat.
·   Sentiasa bertanya khabar tentang masalah dan keperluan anak-anak.

4

Rakan sebaya

·   Menjadi pembimbing kepada sahabat ke arah yang lebih baik.
·   Menasihati rakan supaya tidak terlibat dengan gejala yang negatif sehingga merosakkan moral dan mencemarkan maruah keluarga.
·   Melakukan aktiviti yang baik seperti belajar, bersukan dan membaca.
·   Melaporkan kegiatan negatif kepada pihak berkuasa supaya dapat dibanteras secepat mungkin.
·   Berfikiran positif dan inovatif.

5

Media Massa

·   Membentuk pemikiran rakyat ke arah pembentukan masyarakat madani di negara ini.
·   Menyiarkan rancangan yang boleh membina jati diri masyarakat / semangat patriotisme
·   Rancangan keagamaan, motivasi dan forum perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan orang ramai melakukan kebaikan. Contohnya TV3 menyiarkan Al-Kuliyyah, TV9 dengan rancangan Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademik Al-Quran dan Forum Perdana di TV1.
·   Tidak menyiarkan drama atau filem yang boleh merosakkan akhlak golongan muda.
·   Mengharamkan pengedaran majalah-majalah separa lucah seperti mangga, URTV dan lain-lain yang memaparkan gambar-gambar artis lelaki tidak berbaju kecuali berseluar pendek sahaja.
·   Tidak memuatkan akhbar tempatan dengan berita-berita yang mengajar remaja melakukan hubungan seks seperti akhbar Metro.

6

Diri / Individu

·   Perubahan sikap individu menjadi penentu kejayaan kepada usaha-usaha yang dirancangkan.
·   Setiap individu perlu bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing.
·   Kita perlu berubah sekiranya tergelincir daripada landasan yang sebenarnya. Bak kata pepatah sesat di hujung jalan, kembali kepangkal jalan / buang yang keruh ambil yang jernih.
·   Kita juga hendaklah menilai baik atau buruk sesuatu perkara itu sebelum dilakukan.
·   Jangan malu untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
·   Tidak mudah terpengaruh dengan pujukan dan ajakan rakan.
·   Membentuk jati diri dan mempunyai pegangan hidup yang kental untuk mengharugi cabaran dunia moden yang penuh pancaroba ini.
·   Menyahut seruan kerajaan untuk menjadi modal insan untuk membangunkan negara menjelang tahun 2020 bukan menjadi beban kepada negara.
·   Mencipta nama untuk mengharumkan nama negara di persada dunia seperti Datuk Sheikh Muzafar angkasawan negara, Datuk Nicol David ratu skuasy negara dan lain-lain.

SUMBER GURU BM

No comments: