Warkah
Untuk Anak-anak Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang Bakal Meninggalkan Sekolah
|
Untuk kesekian kalinya kami berpeluang berpesan. Pesan ini seperti
pesan-pesan sebelumnya adalah senada seirama. Cuma amat istimewa kali ini
lantaran anak-anak bakal meninggalkan sekolah setelah menghabiskan sisa-sisa
alam persekolahan. Mungkin kami tidak lagi berpeluang menasihatimu selepas
ini.
|
Anak-anak,
|
Kembaramu ke sini dahulu membawa harapan bukan sahaja untuk dirimu
tetapi juga harapan ibu bapa. Maka jangan kau lupa ibu bapamu yang hanya
mengharap kepada kejayaanmu. Malang akan menimpamu jika melupakan mereka.
Malah malang akan bertimpa-timpa jika nanti kau kurang menyerlah dalam
kejayaan memburu ilmu serta melupakan pula ibu bapa.
|
Anak-anak,
|
Saban tahun kami bagaikan pengendali perahu di tambatan dan pangkalan
ini menerimamu dari tangan ibu bapamu. Kami membawamu menongkah arus dan
gelombang, merendah badai dan cabaran menuntut ilmu. Kami akan menghantarmu ke pangkalan yang seterusnya.
|
Jika ada kekurangan kami yang mengguris hatimu, kamilah manusia yang
tidak sunyi daripada kesilapan dan marah kami adalah taruhan kepada keinginan
melihatmu berjaya. Gesaan dan ketidaksabaran kami adalah hambatan waktu yang
kian rapat memburu; bimbang kalau-kalau kau terlena, terleka di jalan ilmu
ini. Tercicir dan gagal adalah korban yang tidak ingin kami lihat. Fahamilah
ayat-ayat cinta kami yang setiap hari bercerita atas kecintaan kepada
profesion dan tugas yang menjadi tanggungjawab yang kian memberat dan sering
dipersoalankan di dunia ini lagi. Di akhirat, jika kami mengkhianati ikrar
dan janji mendidik dan memimpin putera puteri yang dititip sebagai amanah,
soalan dan dakwaannya bakal lebih dahsyat.
|
Jikapun ada penghargaan dan terima kasih darimu, berikanlah dalam rupa
dan bentuk kejayaan yang menjadi penyambung lidah kami untuk membela nasib
anak-anak bangsa akan datang.
|
|
|
|
Anak-anak sekalian,
|
Dapatkah apa yang kau hajati dalam kembara ini? Cukupkah bekalanmu
menghadapi peperiksaan penting yang bakal menyaksikan sama ada kau terus belajar
atau keluar beradu nasib mencari pekerjaan?
|
Kami tetap mendoakan kejayaan dan kesihatanmu menghadapi masa dan
suasana yang sukar. Berat mata kami memandang, berat lagi bahumu yang
menggalas bebanan.Cuma ingatlah bahawa beban ini bukan kamu sahaja yang
menggalasnya tetapi juga semua orang yang terdahulu dan yang akan datang.
|
Apapun yang akan berlaku selepas itu adalah pilihanmu. Ramai orang
memilih tetapi adakah jaminan bahawa pilihan itu tepat? Kami bekalkan untukmu
pelajaran dan didikan yang akan
membantumu membuat pilihan. Pilihlah jika kau telah melihat semua jalan
dengan terang.
|
Juga dengan usaha dan tawakal pilihlah jalanmu. Jalanmu itu nanti
bakal membawamu membina diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Jangan
kau khianati amanah ini. Anak cucu kami bakal bernaung di bawah payung yang
kau sediakan. Pastikan paying itu tak bocor dan kejap dalam genggamanmu.
Bawalah generasi akan datang dengan yakin membina mercu tanda bangsa
berdaulat.
|
Tetapkanlah pendirianmu menjadi manusia yang bukan sahaja baik, tetapi
hebat akhlak dan sahsiah. Kami bakal menyerahkan negara ini untuk
kaucorakkan. Tak mungkin kau mampu mencorakkannya dengan cantik mungkin jika
dirimu sendiri tidak terdidik dengan sifat-sifat mulia.
|
Kalau nak tahu batang tebu
|
Batang tebu halus uratnya
|
Kalau nak tahu orang berilmu
|
Orang berilmu halus perangainya
|
Kata baginda Saidina Ali, ilmu itu bakal menjagamu, sedangkan harta
kamu akan terbeban menjaganya. Ilmu itu tak dapat orang mencurinya, sedangkan harta itu bisa penjangak merampasnya..
|
Membilang bermula satu
|
Bertemu memberi salam
|
Dilipat sebesar kuku
|
Dibentang seluas alam
|
Itulah sifat dan nilai ilmu yang menjadi bekalmu dalam perjalanan
seterusnya.
|
Berbekal jugalah wahai anak-anak dengan sebaik-baik bekalan iaitu takwa.
Dijelaskan lagi oleh Saidina Ali bahawa takwa itu syaratnya takut kepada
Allah, mematuhi tanzil iaitu al-Quran, berasa cukup dengan yang sedikit dan
menyediakan bekal untuk musafir yang jauh.
|
Tanya olehmu adakah kau mampu
mengecapi kecemerlangan dunia dan akhirat? Kita sememangnya khalifah di bumi
tetapi tetap memiliki kewarganegaraan akhirat. Sampai masa berangkat, tiada
lagi jalan kembali maupun berpatah balik mengutip bekalan tambahan. Kita
semua bakal yatim dan dagang mengharap belas ihsan Allah.
|
Pesan ke hujung nyawa, kehujung jalan, ke hujung kembara manusia telah
kami titipkan. Ingat, ingat dan ingatlah.
|
SUMBER DARIPADA GURU BM
|
Tuesday, November 11, 2014
WARKAH UNTUK PELAJAR
BAHAN-BAHAN INI DARIPADA JPNPP
MODUL 5:
KESILAPAN EJAAN (KATA)
SALAH
|
BETUL
|
|
SALAH
|
BETUL
|
auto matif
audien
agreget
arithmetik
agen (wakil)
ampangan
aked
akitek
analisa
atlit
atnik
anggrik
baucer
bistari
bowling
buffet
bumiputra
buroh
calun
cocok (tusuk)
cucuk (sesuai)
catit
cendiawan
cop
dasyhat
dialog
definasi
deligasi
deraf
durhaka
efisyen
ekur
ehsan
engzos
ekslusif
ekspot
ekspress
emel
engkar
fadhilat
fax
faksimili
Febuari
gembeling / gembeleng
|
automotif
audiens
agregat
aritmetik
ejen (wakil)
empangan
arked
arkitek
analisis
atlet
etnik
anggerik
baucar
bestari
boling
bufet
bumiputera
buruh
calon
cucuk (tusuk)
cocok (sesuai)
catat
cendekiawan
cap (cetak)
dahsyat
dialog
definisi
delegasi
draf
derhaka
efisien
ekor
ihsan
ekzos
eksklusif
eksport
ekspres
e-mel
ingkar
fadilat
faks
faksimile
Februari
gembleng
|
geraf
geharu
hajjah
hurmat
ide
idap
iktizam
impot
injin
inspekter
insuran
Insyaallah / Insya Allah
istihar
istirehat
isya
justru
jeket
kampong
kapitalisma
katun
kefeteria
komidi
komisyen
kondaktor
konsotium
kontrek
korum
kaptain
karenah (ragam)
kelender
keredhaan
kerinting
kianat
ko-kurikulum
kolestrol
komersil
komplek
kontingen
lagenda
lakun
lapuran
lebel
lencungan
leukimia
|
graf
gaharu
hajah
hormat
idea
hidap
iltizam
import
enjin
inspektor
insurans
insya- Allah
isytihar
istirahat
isyak
justeru
jaket
kampung
kapitalisme
kartun
kafeteria
komedi
komisen
konduktor
konsortium
kontrak
kuorum
kapten
kerenah
kalendar
keredaan
keriting
khianat
kokurikulum
kolesterol
komersial
kompleks
kontinjen
legenda
lakon
laporan
label
lencongan
leukemia
|
|
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
|
lojik
losyen
letrik
lojistik
maksima
manafaat
masaalah
mee
mekanisma
mencatit
mengenengahkan
megenepikan
mengujudkan
mengwujudkan
mentera
merbahaya
minima
munshi
nasionalisma
odit
oditorium
optima
organisme
otomatik
otomobil
pamir
paspot
patriotisma
pehak
pelancung
pemerosesan
pemilekan
pengembala
pengemblengan
pensil
perabut
perihatin
perlaburan
perlancaran
perletakan
pertunjukkan
pesaraan
pesiaran
plan
profession
prosidur
|
logik
losen
elektrik
logistik
maksimum
manfaat
masalah
mi
mekanisme
mencatat
mengetengahkan
megetepikan
mewujudkan
mewujudkan
mantera
berbahaya
minimum
munsyi
nasionalisme
audit
auditorium
optimum
organisma
automatik
automobil
pamer
pasport
patriotisme
pihak
pelancong
pemprosesan
pemilikan
penggembala
penggemblengan
pensel
perabot
prihatin
pelaburan
pelancaran
peletakan
pertunjukan
persaraan
persiaran
pelan
profesion
prosedur
|
protin
pekej
pesonal (kakitangan)
petrolium
platfom
profail
profesyenal
sekala
sekelian
sekim
sessi
setor
siksa
silaturrahim
snooker
stesyen
stokin
sunnah
sabsidi
sanwic
selinder
skima
spesis
stem
talipon
taugeh (sayuran)
trampil
tulin
ugama
usek
warong
vokasyenal
yunit
|
protein
pakej
personel
petroleum
platform
profil
profesional
skala
sekalian
skim
sesi
stor
seksa
silaturahim
snuker
stesen
stoking
sunah
subsidi
sandwic
silinder
skema
spesies
setem
telefon
tauge
terampil
tulen
agama
usik
warung
vokasional
unit
|
TOPIK 4
|
AYAT PASIF
|
Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek, contohnya seperti ayat di
bawah ini.
|
Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat
aktif= pelaku sebagai subjek)
|
Objek
|
|
Kerja itu sudah saya laksanakan semalam. (Ayat
Pasif=objek sebagai subjek)
|
Subjek
|
|
Jenis-jenis Ayat Pasif
|
Terbahagi kepada:
|
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
|
2. Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga.
|
3. Ayat pasif berimbuhan ‘ber...- dan ‘ke-...-an’
|
4. Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’
|
5. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja.
|
|
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri
pertama dan kedua.
|
Kata ganti nama orang
pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan ‘di-‘.
Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik,
hamba) dan kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian)
haruslah berada di hadapan kata kerja (tanpa imbuhan ‘di’).
|
Contoh:
|
Kerja itu sudah saya
laksanakan semalam (√) – ayat pasif
|
Kerja itu sudah
dilaksanakan oleh saya semalam. (X)
|
(Saya sudah
melaksanakan kerja itu semalam. – ayat aktif transitif)
|
|
Rumah itu telah kami
cat bersama-sama. (√)
|
Rumah itu telah
dicat oleh kami bersama-sama. (X)
|
(Kami telah
mengecat rumah itu bersama-sama. – ayat aktif transitif)
|
|
Cerita seram itu
telah kalian dengar. (√)
|
Cerita seram itu
telah didengar oleh kalian. (X)
|
(Kalian telah
mendengar cerita seram itu. – ayat aktif transitif)
|
|
Hutang itu mesti engkau
jelaskan esok. (√)
|
Hutang itu mesti
dijelaskan oleh engkau esok. (X)
|
(Engkau mesti
menjelaskan hutang itu esok.- ayat aktif transitif)
|
|
*Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan ‘ter’ boleh menerima kata
sendi ‘oleh’ yang diikuti kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama
diri kedua. Contohnya seperti ayat di bawah ini.
|
|
Meja yang besar
itu terangkat oleh saya. (√)
|
|
Nota:
|
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama
dan kata ganti nama diri kedua mesti ditulis bersebelahan
dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan ‘di’ (hukum aneksi
persona). Kesalahan berlaku jika kata-kata lain seperti kata bantu (telah,
perlu, sudah, akan dll.) disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.
|
Contoh:
|
Kereta itu awak
harus pandu. (X)
|
Kereta itu harus awak
pandu. (√)
|
|
Kerja itu kami
sedang siapkan. (X)
|
Kerja itu sedang
kami siapkan. (√)
|
|
Tuan Pengetua
saya akan temui esok. (X)
|
Tuan Pengetua akan
saya temui esok. (√)
|
|
2. Ayat pasif dengan kata ganti
nama diri ketiga (termasuk pelaku = kata nama khas dan kata nama am).
|
Kata
kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif ‘di-’
|
Contoh:
|
Motosikal
itu telah ditunggang oleh Rahim
kelmarin. (√)
|
Motosikal
itu telah Rahim tunggang kelmarin. (X)
|
|
Kerusi
dan meja itu sudah disusun oleh murid
kelas 3A pagi tadi. (√)
|
Kerusi
dan meja itu sudah murid kelas 3A susun pagi tadi. (X)
|
|
Bola
itu ditendang oleh Helmi dengan kaki kiri. (√)
|
Bola
itu ditendang dengan kaki kiri oleh Helmi. (√)
|
Bola
itu ditendang dengan kaki kiri Helmi. (X)
|
Bola
itu Helmi tendang dengan kaki kiri. (X)
|
|
Nota
: Kata sendi ‘oleh’ boleh digugurkan jika tidak menjejaskan makna.
|
Contoh:
|
Motosikal
itu telah ditunggang Rahim kelmarin. (√)
|
Kerusi
dan meja itu disusun pengawas sekolah pagi tadi. (√)
|
|
Perhatian : Jika kata sendi ‘oleh’
terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh’ tidak boleh digugurkan kerana
akan menjejaskan makna ayat.
|
Contoh:
|
Motosikal
itu telah ditunggang kelmarin oleh Rahim. (√)
|
Motosikal
itu telah ditunggang kelmarin Rahim. (X)
|
|
3.
Ayat pasif berimbuhan (ber-.., dan ke-...-an)
|
Contoh:
|
Baju
Raju belum bercuci lagi (belum
dicuci).
|
Kumisnya
itu belum bercukur (belum dicukur).
|
Seluruh
dunia kegemparan oleh serangan Amerika itu (ditimpa rasa
gempar).
|
Rumah
Pak Abu kecurian petang semalam. (ditimpa kejadian curi)
|
Aminah
kehujanan ketika pulang dari sekolah (ditimpa hujan)
|
|
4.
Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’
|
(a) sudah di-
|
terasing = sudah diasingkan
|
terhasil = sudah dihasilkan
|
|
(b) keupayaan atau kemampuan
|
Novel
yang tebal itu tidak terbaca oleh saya.
|
Batu
yang besar itu tidak terangkat oleh mereka.
|
Gunung
Ledang yang terkenal dengan legendanya terdaki oleh kami.
|
|
(c) Imbuhan awalan ‘ter’ yang membawa
maksud ‘tidak sengaja’ (juga digunakan dalam ayat
aktif transitif)
|
terbawa = tidak sengaja membawa / dibawa
|
tersepak = tidak sengaja menyepak / disepak
|
tertembak = tidak
sengaja menembak / ditembak
|
Contoh
ayat: Pemburu itu tertembak
rakannya sendiri (ayat aktif transitif)
|
Rakannya
sendiri tertembak oleh pemburu itu. (ayat pasif)
|
|
5.
Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’.
|
Ayat pasif jenis ini
mengandungi perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima
imbuhan awalan.
|
Contoh:
|
Anak
ahli korporat itu kena culik.
|
Budak
nakal itu kena rotan oleh bapanya.
|
Pencuri
itu kena tangkap oleh polis.
|
Ah
Chong kena kejar oleh anjing.
|
|
6.
Ayat pasif yang mempunyai DUA objek
|
Contoh
: (1) Upin membelikan Ipin sebatang pembaris
(ayat aktif)
|
(objek
tepat) (objek sipi)
|
(2)
Upin menghadiahi Ipin sebuah buku
(ayat aktif)
|
(objek
tepat) (objek sipi)
|
|
Nota: Apabila ayat di atas dipasifkan
hanya objek tepat sahaja yang bertugas sebagai subjek
dalam ayat. Jika objek sipi yang dibawa ke
hadapan (bertugas sebagai subjek) ayat itu dianggap tidak gramatis.
|
Contoh:
|
(1a) Ipin dibelikan sebatang pembaris oleh
Upin (√)
|
Sebatang
pembaris dibelikan kepada Ipin oleh Upin. (X)
|
(2a) Ipin dihadiahi sebuah buku oleh Upin.
(√)
|
Sebuah
buku dihadiahi oleh Upin kepada Ipin. (X)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)