TOPIK 1 :
|
AYAT TUNGGAL.
|
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh
terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.
|
SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.
|
(a)
Frasa nama sebagai subjek.
|
i.
Tan Kong Joo pelajar sekolah.
|
ii.
Buah itu masam.
|
iii.
Ibunya sakit.
|
iv.
Motosikalnya telah rosak.
|
v.
Balai raya ini untuk orang ramai.
|
|
(b)
Kata ganti nama diri sebagai subjek.
|
i.
Dia anak bongsu.
|
ii.
Beliau guru saya.
|
iii.
Dia adik Ragunathan.
|
iv.
*Itu Bank Rakyat.
|
v.
*Ini stesen bas.
|
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
halaman 102)
|
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid
tidak digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.
|
|
(c)
Kata kerja sebagai subjek.
|
i.
Membaca buku ialah hobinya.
|
ii.
Bersenam dapat menyihatkan badan.
|
iii.
Menyanyi ialah kerjayanya.
|
iv.
Mencuri perbuatan yang salah.
|
v.
Minum air boleh menghilangkan dahaga.
|
|
(d)
Kata adjektif sebagai subjek.
|
i.
Cergas bermakna badan sihat.
|
ii.
Hijau warna kesukaannya.
|
iii.
Harum bau bunga melur itu.
|
iv.
Tamak ialah amalan yang keji.
|
|
PREDIKAT
DALAM AYAT TUNGGAL.
|
(a)
Frasa nama sebagai predikat
|
i.
Encik Zulkifli pegawai polis.
|
ii.
Kakaknya doktor mata.
|
iii.
Bangunan itu kediamannya.
|
iv.
Bilik itu stor barang.
|
|
(b)
Frasa kerja sebagai predikat
|
i.
Dia makan mi goreng.
|
ii.
Anjing itu menyalak musuh.
|
iii.
Mereka tidur.
|
iv.
Adiknya menangis.
|
|
(c)
Frasa adjektif sebagai predikat
|
i.
Keropok ini sangat rangup.
|
ii.
Rumah itu sangat besar.
|
iii.
Abangnya sangat bijak.
|
iv.
Budak itu baik sungguh.
|
|
(d)
Frasa sendi nama sebagai predikat.
|
i.
Buku ini untuk adik.
|
ii.
Ayah ke Kuala Lumpur.
|
iii.
Beliau dari Universiti Sains Malaysia.
|
iv.
Wajahnya seperti bintang terkenal itu.
|
Tuesday, November 11, 2014
TATABAHASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment