Monday, November 10, 2014

JOM KONGSI ILMU I

TEKNIK  BARALISMAK 2
(BACA, RANGKA, TULIS dan SEMAK)
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan
pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang.
Panjangnya huraian anda antara 200 hingga
 250 patah perkataan.
BIL
ISI: CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1
 Rajin Membaca


2
Berdisiplin dan menghormati guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa
3
Membuat ulang kaji dan latihan di rumah

4
Menumpukan perhatian semasa guru mengajar dalam kelas


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
PENDAHULUAN
JENIS
AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN


TEMA
Belakangan ini,
Marcapada ,
Pada era globalisasi ini,
Sejak akhir-akhir ini,
isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara.

KUMPULAN
SASARAN
Sehubungan dengan itu,
Dalam hal ini,
Dalam konteks ini,
para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang.
BAHASA INDAH
Bak kata peribahasa,
Slogan,

kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

TUGASAN
Persoalannya,
apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?
ISI 1: MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR DI
DALAM KELAS
JENIS
AYAT
PENANDA
WACANA
HURAIAN

AYAT TOPIK
Pada pendapat saya,
Pada pemikiran saya,
Pada pandangan saya,
antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.
AYAT
HURAIAN

Hal ini dikatakan demikian kerana,
para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.
AYAT
CONTOH


Sebagai contoh,
kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah.
BAHASA
INDAH

Persis kata peribahasa,
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar.
AYAT SIMPUL

Tegasnya,
apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.
ISI 2: MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN DI RUMAH
JENIS
AYAT
PENANDA
WACANA
HURAIAN

AYAT TOPIK

Selain itu,
membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang.
AYAT
HURAIAN

Saya berpandangan demikian kerana,
langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
AYAT
CONTOH

Tamsilnya,
setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk melaksanakan ulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah  seorang pakar motivasi pelajar.
BAHASA
INDAH

Orang tua-tua ada berpesan,
belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu dipraktikkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka.
AYAT SIMPUL

Jelaslah,
mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.
ISI 3: RAJIN MEMBACA BUKU
JENIS
AYAT
PENANDA
WACANA
HURAIAN

AYAT TOPIK

Di samping itu,
ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan.
AYAT
HURAIAN

Dalam konteks ini,
Dengan ini,
Dengan kata lain,
para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dan dapat menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi kini.
AYAT
CONTOH

Misalnya,
Amalina seorang pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.
BAHASA
INDAH

Slogan,
membaca jambatan ilmu perlu dipupuk dalam jiwa setiap pelajar untuk menjana generasi berilmu pengetahuan.
AYAT SIMPUL

Oleh itu,
budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.
PENUTUP
JENIS
AYAT
PENANDA WACANA
HURAIAN


AYAT
PANDANGAN
Tuntasnya,
Intihanya,
Walhasilnya,
Kesimpulannya,
terdapat banyak ciri  pada seseorang pelajar cemerlang  yang perlu dimiliki oleh generasi muda pada hari ini.

AYAT
CADANGAN
Sehubungan dengan itu,
Perkara ini secara tidak langsung,
semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai mungkin pelajar-pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang.
BAHASA INDAH
Orang-orang tua ada berpesan,
alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini.

AYAT
HARAPAN
Oleh itu,
Dengan ini,
Hal ini secara tidak langsung,
hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.


No comments: